SCIENCE

WELCOME

Thursday, 8 December 2011

Top 20 most endangered Animals



Lihatlah haiwan-haiwan ini...dalam tempoh beberapa tahun lagi kita tidak akan mendapat peluang untuk melihat mereka di muka bumi ini kerana mereka sedang mengalami kepupusan yang teruk...Selamatkanlah haiwan-haiwan ini supaya generasi yang akan datang boleh melihat mereka seperti kita sekarang....

"Jangan lupa dunia hari adalah sesuatu yang telah dipinjam daripada generasi yang akan datang"

Orang Utan

DEFINISI ORANG UTAN

MARILAH KITA KENALI ORANGUTAN !!!
Orang utan ialah sejenis spesies yang istimewa dan haiwan ini mempunyai rupa bentuk seperti manusia tetapi bezanya haiwan ini mempunyai bulu yang panjang yang berwarna coklat keperang-perangan dan mempunyai tangan yang panjang. Nama lain bagi orang utan adalah mawas ,orang utang, orang hutan dan maias. Haiwan ini adalah seekor haiwan yang sangat cerdek dan mempunyai sifat umpama manusia seperti sedih ,gembira ,marah dan sebagainya. Haiwan ini juga mempunyai 97 peratus DNA manusia. Orang utan jantan dewasa yang berumur 15 tahun ke atas boleh berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50-100kg. Manakala orang utan betina pula mempunyai berat diantara 34-40kg. Seekor orang utan betina boleh beranak s ekurang-kurangnya 3-4 kali dengan purata seekor anak dalam setahun.

ADAKAH ANDA TAHU DI MANA ORANGUTAN INI BERADA SEKARANG ???



Kawasan yang masih wujudnya orangutan adalah di Indinesia , seperti di Kalimantan , Sumatera dan di Kepulauan Jawa.Selain itu di negara kita juga masih ada lagi orangutan seperti di Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Antara kawasan yang memelihara orang utan ini di negara kita adalah di Sepilok ,Sabah dan di pergunungan Kinabalu.

ADAKAH A
NDA TAHU ORANG UTAN MAKAN APA???


Orang utan tergolong dalam kalangan haiwan omnivor.Oleh itu, makanan kesukaan orang-utan adalah buah-buahan.Mereka turut makan:
1.Daun-daunan
2.Biji-bijian
3.Kulit kayu
4.Tunas tanaman (yang lunak)
5.Bunga-bungaan
6.Serangga dan haiwan-haiwan kecil.

Orang-Utan tidak perlu meninggalkan pohon iaitu habitat mereka jika ingin minum kerana biasanya mereka meminum air yang terkumpul di lubang-lubang di antara cabang pohon.





Song from a Secret Garden

Kepupusan Haiwan




Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.

2.Aurochs: -pupus sejak 1627

Aurochs
Aurochs adalah spesies daripada lembu. Aurochs salah satu haiwan yang pupus paling popular di Eropah. Aurochs dipercayai berevolusi daripada lembu daripada India kira-kira 2 million tahun yang lalu. Kemudian Aurochs telah berhijrah ke Timur Tengah dan kemudian ke Asia seterusnya berhabitat secara meluas di negara-negara Eropah 250,000 tahun yang lalu. Pada abad ke 13, kebanyakkan Aurochs berhabitat di Poland, Lithuania, Moldavia, Transylvania dan timur Prussia.Rekod terakhir Aurochs yang hidup adalah pada 1627 di Hutan Jaktorow,Poland.Tongkarak Aurochs kemudian di bawa oleh Swedish Army ke The Property of Livrustkammaren di Stockholm.
.Dodo: - Pupus sejak lewat abad ke-17

Dodo
Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus.
Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger :- pupus sejak 1936

Thylacine
Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.
5.Javan Tiger:- Pupus sejak 1980-an

Javan tiger
Saiz Javan Tiger kecil berbanding saiz harimau lain yang terdapat di negara-negara Asia. Walaubagaimanapun, ia lebih besar berbanding Bali Tiger. Dipercayai, haiwan karnivor ini pupus sejak 1980-an kerana pencerobohan habitatnya di hutan kepulauan Jawa. Javan Tiger telah dilihat kali terakhir pada 1976 dan selepas itu tiada lagi laporan pertembungan dengan haiwan ini.